Thursday, September 15, 2011

Bila mahu..

Aku tak keruan.. serba tak kena. otak penat. badan penat. banyak benda yang aku kene buat. banyak benda nak kene siapkan. tapi, bila dah ada banyak sangat, serius.. aku memang dah tak boleh nak fokus. mulalah buat kerja dua tiga kali sebab silap. Itu buat aku lebih penat.

Keluar rumah sebelum matahari naik. Aku sampai rumah bila hari dah nak esok. Sibuk sangat. Badan aku pun tak cukup rehat. Bunyi macam aku komplen ker? Hmmm

Aku tahu aku perlu bersyukur sebab aku dikurniakan banyak rezeki. Orang keliling aku semua baik molek. Apa lagi yang aku nak kan?

Apa yang aku nak...
Hmmm... Ada beberapa perkara. Tapi, ia melibatkan journey.. Yer.. journey yang sangat panjang.. Dan sudah tentu memerlukan pengorbanan. Aku cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Bagi aku, itu perkara yang aku harap-harapkan. Segala penat lelah aku mesti berbaloi. Dah banyak benda aku sacrificekan sebab nak dapat apa yang aku nak. Orang kata "No pain, No gain"

Dah berapa banyak pain, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku jer yang rasa. Aku je yang hadapi semua tu. Kat luar memang nampak aku sabar, penuh gelak tawa. Dalam hati.. sapa yang tahu


Apa kata aku rehat dulu malam ini
Dah tak mampu lagi
Esok baru sambung :D