Thursday, September 15, 2011

Bila mahu..

Aku tak keruan.. serba tak kena. otak penat. badan penat. banyak benda yang aku kene buat. banyak benda nak kene siapkan. tapi, bila dah ada banyak sangat, serius.. aku memang dah tak boleh nak fokus. mulalah buat kerja dua tiga kali sebab silap. Itu buat aku lebih penat.

Keluar rumah sebelum matahari naik. Aku sampai rumah bila hari dah nak esok. Sibuk sangat. Badan aku pun tak cukup rehat. Bunyi macam aku komplen ker? Hmmm

Aku tahu aku perlu bersyukur sebab aku dikurniakan banyak rezeki. Orang keliling aku semua baik molek. Apa lagi yang aku nak kan?

Apa yang aku nak...
Hmmm... Ada beberapa perkara. Tapi, ia melibatkan journey.. Yer.. journey yang sangat panjang.. Dan sudah tentu memerlukan pengorbanan. Aku cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Bagi aku, itu perkara yang aku harap-harapkan. Segala penat lelah aku mesti berbaloi. Dah banyak benda aku sacrificekan sebab nak dapat apa yang aku nak. Orang kata "No pain, No gain"

Dah berapa banyak pain, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku jer yang rasa. Aku je yang hadapi semua tu. Kat luar memang nampak aku sabar, penuh gelak tawa. Dalam hati.. sapa yang tahu


Apa kata aku rehat dulu malam ini
Dah tak mampu lagi
Esok baru sambung :D

Thursday, July 21, 2011

Destinasi

MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.

Kadang-kadang kita lupa akan destinasi sebenar kita. Alpa dengan kesenangan. Leka dengan kemewahan.

Dalam wishlist awal tahun boleh tengok nak iphone, handbag guess, seluar GAP, baju ZARA, kerja gaji banyak, nak beli rumah...

Itu wishlist sementara kan?
Wishlist sebenar dah lupa atau sengaja dilupakan?

Renungan untuk diri sendiri dan kalian juga

Wednesday, July 20, 2011

Bersamamu

Aku tengok Bersamamu TV3 sekejap tadi
Hati betul-betul tersentuh
Kesian
Sulaiman terlantar di katil
Tempurung kepala separuh ada di kepala
Separuh lagi disimpan di dalam perut

Rumah beratap zink
Yang dah berlubang pula
Panas dan tak selesa
Anak-anak ada 3 orang

Setiap 3 jam Sulaiman perlu diberikan susu
Jika si isteri perlu bekerja, siapa yang akan tengok beliau?

Alangkah sayunya hati ini
Tatkala ini, aku bersyukur
Kerana diberi kesihatan yang baik
Itu rahmat terbesar yang diberikan olehNYA

Berani lagi aku rasa tidak puas hati?
Berani lagi aku rasa tidak cukup dengan apa yang aku kecapi?

Ya Allah, sesungguhnya janganlah Kau butakan hatiku
Aku bersyukur di atas segala nikmat kurniaanMu



Tuesday, July 12, 2011

Wedding GuestBook

Banyak guest book yang cantik. Macam nak buat satu. Yes, for my brother who will be getting married this September :)




Most of them warna putih. Aku dah imagine nak personalise kan. Theme belah lelaki ialah turqoise and perempuan ialah purpose.




Nak combine both colors lah.











Friday, July 8, 2011

Novel & Teh Ais

Esok mesti ramai yang memerap kat rumah sebab hal 'bersih 2.0'
Baguslah tak payah nak kecoh-kecoh menghadapi kesesakan trafik yang teruk
Aku ada dentist appointment jam 9.30 pagi
Last week dah postpone ke minggu ni
Takkan nak postpone2 lagik kan..

Aku plan nak keluar rumah sesudah subuh
Lepastu pergi breakfast kat mamak Kayu
Pekena lah Roti Bakar dengan Teh Ais
FUllamakkk
Akan aku bawak notebook dan novel
Nak melangut sampai dentist tu bukak kedai

Ada lagi dua novel tak habis baca lagi
Lepas khatam yang ini, aku nak beli lagi
Yer..membaca itu amalan yang mulia
Bila baca novel, aku suka sangat terbawa-bawa watak yang dalam novel
Emosi betul..Hakhak
Sekali beli nak 4-5
Tamak haloba jer
Bila baca..ikut mood pulak
Sebelum tidur baca 2,3 helai lepastu lena sampai esok pagi
Bila la nak habisnyer ;S

Tapi, selagi tak habis, aku takkan beli lagi

Tuesday, June 28, 2011

Resah

Sekejap begini
Sekejap begitu
Apa lagi masalahnya
Satu per satu
Tak habis-habis


Sunday, April 3, 2011

Leave for one week

Bag dah siap pack.
Banyak giler barang nak bawak. Hmm.. Macam nak bawak satu almari pun ada.
Baju dah iron siap-siap. Nanti senang kan.

Banyak aktiviti untuk seminggu. Aku harap aku enjoy dengan semuanya. Daripada tentative yang diberikan memang banyak orang tu cakap orang ni cakap. Jangan aku ngantuk sudahhhhh..

Medical check up dah buat. Alhamdulillah.. I'm healthy :)
BMI is perfect
Darah
Gula
Everything is good