Hati betul-betul tersentuh
Kesian
Sulaiman terlantar di katil
Tempurung kepala separuh ada di kepala
Separuh lagi disimpan di dalam perut
Rumah beratap zink
Yang dah berlubang pula
Panas dan tak selesa
Anak-anak ada 3 orang
Setiap 3 jam Sulaiman perlu diberikan susu
Jika si isteri perlu bekerja, siapa yang akan tengok beliau?
Alangkah sayunya hati ini
Tatkala ini, aku bersyukur
Kerana diberi kesihatan yang baik
Itu rahmat terbesar yang diberikan olehNYA
Berani lagi aku rasa tidak puas hati?
Berani lagi aku rasa tidak cukup dengan apa yang aku kecapi?
Ya Allah, sesungguhnya janganlah Kau butakan hatiku
Aku bersyukur di atas segala nikmat kurniaanMu
No comments:
Post a Comment