Wednesday, March 2, 2011

Petir

Hujan lebat malam tadi..
Jam 3.30 aku terjaga dari tidur
Kilat.Petir.Guruh
Agungnya ciptaan tuhan

Budak-budak kecil selalu takut bila guruh dentum dentam
Atau kilat sambar menyambar
Walaupun dah besar gajah, ada juga yang takut kannnnn

Aku hanya diam bila rasa bunyi guruh tu kuat sangat walaupun macam dekat tepi telinga
Ada cerita disebalik ketenangan itu..

Mari kita flashback

Masa aku kecil, aku pegi mengaji kat satu ustazah ni
Bukan ustazah ni ajar mengaji jer, tapi dia ajar aku banyak benda :)

Aku rapat dengan dia
Selalunya aku dengan kakak aku adalah orang last yang akan sama-sama balik dengan ustazah
Mak bapak aku kerja
So, lepas mengaji, aku kene jalan kaki pergi rumah makcik aku yang dekat dengan tempat mengaji iaitu kat tadika ABIM
Aku akan tunggu mak aku jemput dan duduk kat rumah makcik aku memang bosan giler dan duduk kat rumah makcik, aku kene behave..Kene jaga air muka mak aku

Daripada aku tercongok kat rumah makcik aku, aku lagi prefer lepak sama ustazah
Cool tak budak umur 7 sampai 10 tahun dah pandai lepak dengan ustazah?
4 tahun setiap petang aku lepak dengan ustazah..
Memang rapat sampai weekend pun aku suruh bapak aku hantar aku pegi rumah dia :S

Berbalik kepada cerita petir, guruh dan kilat
Masa tu hujan lebat dan siap pakej petir, kilat dan guruh
Budak umur 7 tahun, mestilah takut kan..
Aku tutup telinga, pejam mata

Ustazah tengok aku macam tu dan tersenyum..
Dia cakap.. "Jaja jangan takut biler bunyi kuat-kuat macam tu.. Sebab Malaikat sedang memanah Syaitan"..

Wohhh...Aku macam dah excited giler..Kiranya ada battle lah kat atas awan gelap tu..
(Budak umur 7 tahun punya imaginasi)

"Ustazah, Jaja nak Syaitan semua kene panah!!!" aku cakap dengan penuh yakin


Sejak dari hari tu, aku dah tak takut lagi :)


Dan sebab malam tadi, aku teringat akan kisah aku 20 tahun yang lalu..
Aku google dan jumpe ini

Kita melihat di dalam sirah sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir. Ketakutan ini bukannya tidak berasas!!

Firman Allah : Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra'ad :12-13)

Daripada ayat Al Quran ini (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu' 13), kita mendapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama.

Petir ini adalah sebenarnya bertujuan untuk memanah syaitan. Pada zaman sebelum Rasulullah s.a.w, syaitan-syaitan dpt naik ke arasy untuk mendengar perbualan para malaikat untuk mencuri berita. Syaitan-syaitan yg cuba mencuri berita adalah kerana daripada arahan tukang tilik yg mahu menilik nasib manusia. Syaitan-syaitan tersebut yg cuba naik ke arasy akan dipanah petir dan akan mati. Bukan manusia shj yg mempunyai hayat, tetapi syaitan juga sebegitu. Syaitan yg tidak akan mati apabila dipanah petir hanyalah `Azazil. Begitulah serba sedikit cerita berkenaan petir dlm Islam...

-petikan dari sini

No comments:

Post a Comment