Tuesday, March 29, 2011

Psycho

Tadi masa farewell aku, colleague nampak gambar baju bersepuk dan panties berlonggok kat dalam camera aku. Itu dah kire censored. Mana ada orang amik gambar panties sedemikian.


Diorang tanya kenapa aku amik gambar macam tu. Aku ni ah mangsa kejadian yang aku sendiri pun macam tak percaya.


Bukan je kain baju budak-psycho-maling tu rembat, panties aku pun dia amik dan pakai. Aku jumpe dalam bakul busuk dia. Hati aku macam nak pecah jer bila tengok satu-satu yang aku keluarkan dari bakul busuk dia tu.. aku punya! Memang nak pitam bila aku tengok. Kalau setakat baju memang aku percaya la wujud kejadian mencuri. Ini hal spender okeh. Dasar pengotor sebab kau boleh pakai orang lain punya. Ughhhh..


Budak tu dah aku halau dari rumah. Ceh. Exaggerate lebih je halau. Walhal aku cakap elok-elok suruh dia keluar. Kang kalau aku usir dia..dia buat apa-apa kat kereta ker.. bahaya.. Orang gila macam tu bukan boleh harap. Dia boleh buat benda diluar tindakan.


Bila aku bukak cerita hal pencuri ada kat rumah aku, another colleague bukak cerita hal member adik dia punya isteri. Kita namakan dia sebagai Puan-Pencuri-Selamber-Badak atau lebih dikenali PPSB.


PPSB aim kat rumah orang kawen. Dia datang je rumah sapa-sapa dia nak. Siap bawak anak-anak dia yang kecik.. Pastu salam-salam buat macam orang dalam rumah kenduri tu sedara-mara-rakan-taulan pengantin. Dah mesra, dia pergilah bilik pengantin. Biasalah, waktu kenduri memang ramai orang. Lepastu, makcik-makcik memang excited habis tengok bilik pengantin kan. PPSB akan jadi salah sorang daripada makcik-excited tu. Bila dapat jer peluang, dia ambik duit hantaran. Apa ke gilanya.


Ada orang nampak dia ni suspicious jer. Lepas dia rembat duit hantaran tu, dia cepat-cepat bawak anak dia pergi ke kereta. Memang Tuhan nak tunjuk. Kereta dia tetibe tak boleh start. Orang ramai dah goncang dah ar kereta dia. Anak-anak kecik dia sampai melalak meraung.


PSYCHO!


Kadang-kadang benda yang tak masuk akal memang berlaku. Beware okay!!!

1 comment:

  1. duit hantaran die dulu tak ckp barangkali.heehe.
    bahaya org mcm nih.

    ReplyDelete