Thursday, September 15, 2011

Bila mahu..

Aku tak keruan.. serba tak kena. otak penat. badan penat. banyak benda yang aku kene buat. banyak benda nak kene siapkan. tapi, bila dah ada banyak sangat, serius.. aku memang dah tak boleh nak fokus. mulalah buat kerja dua tiga kali sebab silap. Itu buat aku lebih penat.

Keluar rumah sebelum matahari naik. Aku sampai rumah bila hari dah nak esok. Sibuk sangat. Badan aku pun tak cukup rehat. Bunyi macam aku komplen ker? Hmmm

Aku tahu aku perlu bersyukur sebab aku dikurniakan banyak rezeki. Orang keliling aku semua baik molek. Apa lagi yang aku nak kan?

Apa yang aku nak...
Hmmm... Ada beberapa perkara. Tapi, ia melibatkan journey.. Yer.. journey yang sangat panjang.. Dan sudah tentu memerlukan pengorbanan. Aku cuba sedaya upaya untuk mendapatkannya. Bagi aku, itu perkara yang aku harap-harapkan. Segala penat lelah aku mesti berbaloi. Dah banyak benda aku sacrificekan sebab nak dapat apa yang aku nak. Orang kata "No pain, No gain"

Dah berapa banyak pain, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku jer yang rasa. Aku je yang hadapi semua tu. Kat luar memang nampak aku sabar, penuh gelak tawa. Dalam hati.. sapa yang tahu


Apa kata aku rehat dulu malam ini
Dah tak mampu lagi
Esok baru sambung :D

Thursday, July 21, 2011

Destinasi

MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.

Kadang-kadang kita lupa akan destinasi sebenar kita. Alpa dengan kesenangan. Leka dengan kemewahan.

Dalam wishlist awal tahun boleh tengok nak iphone, handbag guess, seluar GAP, baju ZARA, kerja gaji banyak, nak beli rumah...

Itu wishlist sementara kan?
Wishlist sebenar dah lupa atau sengaja dilupakan?

Renungan untuk diri sendiri dan kalian juga

Wednesday, July 20, 2011

Bersamamu

Aku tengok Bersamamu TV3 sekejap tadi
Hati betul-betul tersentuh
Kesian
Sulaiman terlantar di katil
Tempurung kepala separuh ada di kepala
Separuh lagi disimpan di dalam perut

Rumah beratap zink
Yang dah berlubang pula
Panas dan tak selesa
Anak-anak ada 3 orang

Setiap 3 jam Sulaiman perlu diberikan susu
Jika si isteri perlu bekerja, siapa yang akan tengok beliau?

Alangkah sayunya hati ini
Tatkala ini, aku bersyukur
Kerana diberi kesihatan yang baik
Itu rahmat terbesar yang diberikan olehNYA

Berani lagi aku rasa tidak puas hati?
Berani lagi aku rasa tidak cukup dengan apa yang aku kecapi?

Ya Allah, sesungguhnya janganlah Kau butakan hatiku
Aku bersyukur di atas segala nikmat kurniaanMu



Tuesday, July 12, 2011

Wedding GuestBook

Banyak guest book yang cantik. Macam nak buat satu. Yes, for my brother who will be getting married this September :)




Most of them warna putih. Aku dah imagine nak personalise kan. Theme belah lelaki ialah turqoise and perempuan ialah purpose.




Nak combine both colors lah.











Friday, July 8, 2011

Novel & Teh Ais

Esok mesti ramai yang memerap kat rumah sebab hal 'bersih 2.0'
Baguslah tak payah nak kecoh-kecoh menghadapi kesesakan trafik yang teruk
Aku ada dentist appointment jam 9.30 pagi
Last week dah postpone ke minggu ni
Takkan nak postpone2 lagik kan..

Aku plan nak keluar rumah sesudah subuh
Lepastu pergi breakfast kat mamak Kayu
Pekena lah Roti Bakar dengan Teh Ais
FUllamakkk
Akan aku bawak notebook dan novel
Nak melangut sampai dentist tu bukak kedai

Ada lagi dua novel tak habis baca lagi
Lepas khatam yang ini, aku nak beli lagi
Yer..membaca itu amalan yang mulia
Bila baca novel, aku suka sangat terbawa-bawa watak yang dalam novel
Emosi betul..Hakhak
Sekali beli nak 4-5
Tamak haloba jer
Bila baca..ikut mood pulak
Sebelum tidur baca 2,3 helai lepastu lena sampai esok pagi
Bila la nak habisnyer ;S

Tapi, selagi tak habis, aku takkan beli lagi

Tuesday, June 28, 2011

Resah

Sekejap begini
Sekejap begitu
Apa lagi masalahnya
Satu per satu
Tak habis-habis


Sunday, April 3, 2011

Leave for one week

Bag dah siap pack.
Banyak giler barang nak bawak. Hmm.. Macam nak bawak satu almari pun ada.
Baju dah iron siap-siap. Nanti senang kan.

Banyak aktiviti untuk seminggu. Aku harap aku enjoy dengan semuanya. Daripada tentative yang diberikan memang banyak orang tu cakap orang ni cakap. Jangan aku ngantuk sudahhhhh..

Medical check up dah buat. Alhamdulillah.. I'm healthy :)
BMI is perfect
Darah
Gula
Everything is good



Tuesday, March 29, 2011

Psycho

Tadi masa farewell aku, colleague nampak gambar baju bersepuk dan panties berlonggok kat dalam camera aku. Itu dah kire censored. Mana ada orang amik gambar panties sedemikian.


Diorang tanya kenapa aku amik gambar macam tu. Aku ni ah mangsa kejadian yang aku sendiri pun macam tak percaya.


Bukan je kain baju budak-psycho-maling tu rembat, panties aku pun dia amik dan pakai. Aku jumpe dalam bakul busuk dia. Hati aku macam nak pecah jer bila tengok satu-satu yang aku keluarkan dari bakul busuk dia tu.. aku punya! Memang nak pitam bila aku tengok. Kalau setakat baju memang aku percaya la wujud kejadian mencuri. Ini hal spender okeh. Dasar pengotor sebab kau boleh pakai orang lain punya. Ughhhh..


Budak tu dah aku halau dari rumah. Ceh. Exaggerate lebih je halau. Walhal aku cakap elok-elok suruh dia keluar. Kang kalau aku usir dia..dia buat apa-apa kat kereta ker.. bahaya.. Orang gila macam tu bukan boleh harap. Dia boleh buat benda diluar tindakan.


Bila aku bukak cerita hal pencuri ada kat rumah aku, another colleague bukak cerita hal member adik dia punya isteri. Kita namakan dia sebagai Puan-Pencuri-Selamber-Badak atau lebih dikenali PPSB.


PPSB aim kat rumah orang kawen. Dia datang je rumah sapa-sapa dia nak. Siap bawak anak-anak dia yang kecik.. Pastu salam-salam buat macam orang dalam rumah kenduri tu sedara-mara-rakan-taulan pengantin. Dah mesra, dia pergilah bilik pengantin. Biasalah, waktu kenduri memang ramai orang. Lepastu, makcik-makcik memang excited habis tengok bilik pengantin kan. PPSB akan jadi salah sorang daripada makcik-excited tu. Bila dapat jer peluang, dia ambik duit hantaran. Apa ke gilanya.


Ada orang nampak dia ni suspicious jer. Lepas dia rembat duit hantaran tu, dia cepat-cepat bawak anak dia pergi ke kereta. Memang Tuhan nak tunjuk. Kereta dia tetibe tak boleh start. Orang ramai dah goncang dah ar kereta dia. Anak-anak kecik dia sampai melalak meraung.


PSYCHO!


Kadang-kadang benda yang tak masuk akal memang berlaku. Beware okay!!!

Thursday, March 24, 2011

Berbohong, lama-lama mencuri!

Housemate aku betul-betul psycho
Dia selongkar barang aku masa aku takde..ikut suka hati dia

Aku cari baju zara yang aku beli kat Singapore tak jumpe
Fine la kalau aku salah letak kan
Aku cari v-neck brownish tak jumpe
Fine la kalau aku salah letak jugak
Aku cari tudung hijau sebab aku nak pakai esok tapi dah cari tak jumpe
Okay yang ni aku tak boleh amik ringan
Tudung mahal mak bagi tu
Dan aku bukan letak sepah-sepah
Aku akan letak kat tempat tudung

Jam 12 tengah malam aku tak boleh tidur sebab aku tak puas hati bila aku ingat tudung hijau tak jumpa
Hmmmmmmmm
Mengeluh panjang juga semalam.
Mana kan...Mana??
Aku tak tua lagi nak nyanyuk pun

Kot ye pun kalau hilang, takkan la banyak sangat hilang nya kan???
Aku dan roommate terus cari kat bilik sebelah

Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Aku jumpa tudung hijau tu
Bukan je tudung hijau..
Tudung putih dengan hitam pun sama
Baju kurung pun dia pakai

Sakitnya hati :"(

Suka la dia melaram dengan baju tudung aku
Marah giler weh

Dah la lambat bayar duit sewa
Ambik harta orang
Tak tahu malu betul

Kenapa la wujud orang macam ni kat dunia?

Tuesday, March 22, 2011

Hot Momma Stephanie Liah

Entri kali ni review tentang seorang hot momma
STEPHANIE LIAH

Saya yang belum berkahwin pun.. adore this woman sangat-sangat!
Suka baca blog dia sebab terus dapat inspirasi nak cantik bergaya
Walaupun dia sudah berkahwin dan ada seorang anak lelaki comel, dia masih maintain
Memang dia ratu cantik, model, kaya sebab tu dia boleh bergaya dan spend macam tu

Ladies, kita tengok positive side pleaseeee.
Macam mana dia ambil kisah tentang anak
Macam mana dia ambil kisah tentang diri sendiri
Macam mana dia ambil kisah tentang famili dia
Macam mana dia ambil kisah tentang kawan-kawan

Selalunya lepas beranak, badan tak slim shaddy macam dulu kan
Well.. belum kahwin pun tak steady macam mana dah lepas kahwin nanti :P

Sebab tu..kadang-kadang nak makan melampau..
Terus rasa bersalah
Ingatkan diri sendiri, kalau dah badan sendiri pun susah nak bawak..
Takkan nak menyusahkan orang lain pulak nanti

Yer..memang tak berapa nak ada duit sebab tu tak boleh pergi spa segala selalu
Maka.. boleh buat DIY kan? ^__"
Tak mahal pun nak beli scrub, lotion, lulur..
Cuma..kene rajin!

Memang Stephanie punya banyak kontroversi kerana seksi
Beliau punya keyakinan sebab tu boleh berpakaian macam tu

Kita tengok badan sendiri pun dah horror
Ouchhhh
Kalau orang lain tengok mau pengsan :P

Stephanie Liah,
Thanks for the blog
Anda memang memberi inspirasi kepada wanita termasuk saya :)
Ryan Raffael memang comel! Geramssssssss..xoxo

Monday, March 21, 2011

Bracesian

Bracesian..yes I am
Genap 1 year and 8 months

Ini adalah soalan-soalan lazim bagi orang yang ingin tahu tentang pemakaian braces
Semua dari pendapat diri sendiri

Kenapa umur 15 tak pakai tapi biler 25 tahun baru pakai?
Sebab masa umur 25 baru ada duit sendiri nak buat
Aku ada 6 adik beradik
Cuba bayangkan kalau semua orang nak pakai
RM5,000 x 6 = RM30,000
Melampau nyer..

Bila dah kerja, pegang duit sendiri..hasrat yang dipendam lama dalam hati..
Boleh tercapai

Kenapa nak pakai braces?
Sebab memang impian aku dari kecik nak pakai
Bukan sebab jongang atau gigi bersepah..
Gigi depan semua okay
Kat belakang, ada 1 jer gigi berlapis
Bukan orang nampak pun kan..
Tapi memang nak pakai braces..
Bagi gigi betul2 molek.

Sakit tak pakai braces?
Maaana ada sakit. Dentist comel-cakap lembut-baik hati
1st day ada bracket kat gigi dah makan nasi dengan sup
Saya benci bubur! Miahaha

Suka tak pakai braces?
Kadang-kadang jadi perhatian
Bila senyum, cakap..nampak gigi besi
Bila makan, makanan terlekat celah gigi.. orang pun akan pandang semacam
Haha

Thursday, March 10, 2011

Impak Cecite Cecite

Aku moviebuff
Setiap minggu tengok movie
Semua cerita omputih

Cerita melayu? Tengok kat movie? Hmmmm???

Tapi akhir-akhir ni, housemate aku suka layan cerita melayu
Adakah dia exaggerate lebih sampai aku terpengaruh?

Last malay movie yang aku tengok kat panggung wayang adalah Papadom. Ye. Dah lama. Dengan jujurnya, aku suka Afdlin Shauki. Aku suka dia buat kelakar. Lawak dia tak busuk macam lawak dari pelakon lain.

Kadang-kadang, bile aku tengok lawak melayu, aku macam.. what theeee.... ayam sangat skrip nyer. Memangla diorang spontan atau itu cara diorang. tapi.....ugh.. Kalau aku tengok depan bapak aku, memang 'kene' time tu jugak weh. Dia yang pantang kalau tengok cerita melayu yang ntah apa-apa.

Selepas dipropa oleh housemate aku, MissN.. dia ajak aku pegi tengok Khurafat. Dah la aku tak suka tengok cerita hantu. Ni cerita melayu pulak.. OMG.. Disebabkan dia nak teman aku shopping, jadi aku pun teman la dia tengok movie. Sistem barter sesama sendiri.

Review Khurafat dari pihak media semua bagus-bagus. Siap dapat box office. Itu proof cerita tu diterima. Jangan macam-macam.

Pendapat dua sen aku, yer.. jalan cerita dia bagus.

Tapi kat hospital asyik gelap ajer :( Kenapa???

The rest is good.
Favourite scene : awal dan akhir.
Starting : Part A.Galak. Real habissssssss. Bravo Sarjan Misai!
Ending : Perfect!

Lagi satu.. semua orang sibuk 'cecite cecite'.. wth cecite????..
'Hantu Kak Limah Balik Rumah'
Adik aku and gf dia pun cakap best cerita dia..
Aku tengok poster macam setakat telemovie boleh ahh..
Betul ke best ni????

Tak nak ah tengok..
MissN memang persuade habis suruh tengok jugak.
Hek elehh.. How I met your mother aku pun belum habis tengok.. lagi nak tengok cerita HKLBR

Dia siap download untuk bagi aku tengok
Supportive kan? Ngeeee~
Dah orang penat-penat suruh aku tengok.. dan pada suatu malam yang syahdu.. aku pun tengok

Lawak wehhhhhhhhhh...
Part Usop buat aku sengihhhh
Dia pusing-pusing tangan dia..LOL
He's awesome!!!!
Jakun okay..Jakun!!!!
And part Johan and Usop makan megi dan nyanyi.. funny!
Lepastu Johan pakai tudung saji.. Gelak guling-guling

'Education is Important'.. Gosh.. Selit jugak dalam skrip!
Walaupun hanya movie yang simple, but it gave a big impact..

Lagu Daddy's cool pun ada.
Awwwwwww


Yang ketiga, aku dah layan Raja Lawak musim kelima. Dang!
Ni gara-gara MissElle, sorang lagi housemate yang setia tengok Astro Prima setiap hari jumaat jam 9malam
Takkan la aku nak berebut remote kan..Biar je la dia tengok
Satu malam..aku makan nasi lemak cikgu depan tv.. Habis nasi lemak tu.. Aku masih lagi tercongok depan tv..
Zizan dan Johan lawak gilerrr.. Walaupun kadang-kadang lawak dia sengal.. tapi, aku terhibur

Raja lawak musim kelima pernah buat aku gelak..tak keluar suara tapi keluar air mata.
Damn funny!!!!!!!

Mula-mula aku tengok sebab pengacara..
Bila dah lama-lama.. aku minat lawak Nazmi, Balas dan Man.

Muka Nazmi tu bila dia cakap pun, dia macam senyum kan :)
Man..sentiasa bersemangat..aku suka spirit dia
Balas pulak.. Diorang selamber..Tapi..kenapa suka je nak selit blue2 dalam lawak? Aipppp...


Happy weekend guys :)

Wednesday, March 9, 2011

Pakistan vs Malaysia - Piala Olimpik. Siapa yang menang?

Malam tadi aku dah semangat pulang kerja awal
Lepas jumpa dentist untuk tukar wire atas dan bawah, aku pulang dengan semangat membara
Malam ni ada game ah..

Terus buat laundry dan mandi
Lepas je setel-setel semua..
Tercongok depan TV
Aku flip-flip channel, mana mungkin takde siaran langsung
Sekarang ni kan.. Pasukan Malaysia macam dah step forward
Performance diorang dah semakin baik

Aku baca tagline bergerak-kat-bawah channel RTM1 -

Maaf, siaran secara langsung tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab
teknikal.



Kecewa dan hampa :(


Pagi ni aku dapat tahu diorang seri kosong kosong
Aku baca kat sini
Nasib baikkkkkkkkkkkkk

Handphone cabuk dah diganti baru

Hati sakit bile handphone rosak tiba-tiba dan aku takde budget pun dalam masa terdekat nak beli yang baru. Sebab memang jimat cermat, aku dah pakai handphone aku selama 5 tahun. Biarla orang nak cakap aku kuno ke.. tak up to date ker.. Aku pakai handphone kegunaannya adalah untuk call dan juga sms..

Handphone tu pun adik aku yang bagi lepas dua-dua handphone sebelum ni kene curi sekaligus. Dah dia bagi, aku jaga elok-elok. Walaupun handphone tu memang dah puas pakai. Jatuh sana sini. Campak sana sini. Tapi..kental okay handphone tu. Tak rosak pun walaupun dah calar balar.

Sayang sebab dia dah banyak berjasa. Tapi nak buat macam mana. Tempoh hayat nya dah sampai. Ada ke orang yang setia macma aku..pakai handphone 5 tahun tak tukar?

Sekarang, 6 bulan sekali orang tukar handphone kan.. Ye la.. Diorang mampu boleh la. Aku ni ukur baju dibadan sendiri. Budget dah diperuntukkan untuk benda lain.

Nampak miskin ke kalau pakai handphone murah? Biar la orang nak kata apa kan. Aku tahu aku macam mana. :)

Sekarang, dah pakai samsung touch. Kecik comel ajer warna putih. Aku terus pegi One Utama dan terus ke Samsung Provider kat New Wing. Aku cakap nak beli handphone yang below RM500. Haha. Dia tunjuk dan aku terus cakap. Ok. Aku nak. Warna putih.

Aku bayar cash.. Lepas bayar, aku pun gerak pulang ke rumah.
Aku tak peduli pun pasal function dia apa. Yang aku tahu aku nak sms dan call.Siaappp

Gadget lain aku dah complete walaupun asing-asing.
Aku ada Ipod touch untuk dengar lagu. Aku ada Panasonic lumix untuk amik gambar. Dan aku ada Samsung champ untuk call dan sms. Aku ada Laptop lenovo untuk internet thingy.

4 in 1.
Yang terbaik..Iphone4 kan?

Itu dalam list yang aku nak
Huhu..

Friday, March 4, 2011

Aktiviti Hari Minggu di Kuala Lumpur

Esok hari minggu
Pelbagai aktiviti sudah bermain dalam fikiran
Nak tido saja? Nope.. Itu bukan aku..


1. Akan aku tengok
"How I Met Your Mother" back to back

2. Beli novel murah kat
Excess Bookstore Amcorp Mall, baca sambil minum kopi mahal

3. Jalan-jalan pegi One Utama
Tengok Movie dan beli heels baru

4. Cari Nasi Kerabu kat pasar pagi. Beli bahan2 basah
Main masak-masak kat rumah untuk lunch dan dinner

5. Pergi Taman Tasik exercise dan mengirup udara segar


Setelah ditimbal balik, aku rasa aktiviti nombor 3 aku nak postpone ke minggu depan
Next week akan pergi The Gardens dan shopping. Kalau tak pergi minggu ni.. dah boleh jimat duit. Yeah..Jimat cermat amalam mulia..

Aktiviti no 1 atau 2 kene pilih esok. Kalau pilih dua-dua tu dah tamak haloba pulak


Readers, happy weekend
Gunakan masa yang ada sebaiknya yer!

Wednesday, March 2, 2011

Petir

Hujan lebat malam tadi..
Jam 3.30 aku terjaga dari tidur
Kilat.Petir.Guruh
Agungnya ciptaan tuhan

Budak-budak kecil selalu takut bila guruh dentum dentam
Atau kilat sambar menyambar
Walaupun dah besar gajah, ada juga yang takut kannnnn

Aku hanya diam bila rasa bunyi guruh tu kuat sangat walaupun macam dekat tepi telinga
Ada cerita disebalik ketenangan itu..

Mari kita flashback

Masa aku kecil, aku pegi mengaji kat satu ustazah ni
Bukan ustazah ni ajar mengaji jer, tapi dia ajar aku banyak benda :)

Aku rapat dengan dia
Selalunya aku dengan kakak aku adalah orang last yang akan sama-sama balik dengan ustazah
Mak bapak aku kerja
So, lepas mengaji, aku kene jalan kaki pergi rumah makcik aku yang dekat dengan tempat mengaji iaitu kat tadika ABIM
Aku akan tunggu mak aku jemput dan duduk kat rumah makcik aku memang bosan giler dan duduk kat rumah makcik, aku kene behave..Kene jaga air muka mak aku

Daripada aku tercongok kat rumah makcik aku, aku lagi prefer lepak sama ustazah
Cool tak budak umur 7 sampai 10 tahun dah pandai lepak dengan ustazah?
4 tahun setiap petang aku lepak dengan ustazah..
Memang rapat sampai weekend pun aku suruh bapak aku hantar aku pegi rumah dia :S

Berbalik kepada cerita petir, guruh dan kilat
Masa tu hujan lebat dan siap pakej petir, kilat dan guruh
Budak umur 7 tahun, mestilah takut kan..
Aku tutup telinga, pejam mata

Ustazah tengok aku macam tu dan tersenyum..
Dia cakap.. "Jaja jangan takut biler bunyi kuat-kuat macam tu.. Sebab Malaikat sedang memanah Syaitan"..

Wohhh...Aku macam dah excited giler..Kiranya ada battle lah kat atas awan gelap tu..
(Budak umur 7 tahun punya imaginasi)

"Ustazah, Jaja nak Syaitan semua kene panah!!!" aku cakap dengan penuh yakin


Sejak dari hari tu, aku dah tak takut lagi :)


Dan sebab malam tadi, aku teringat akan kisah aku 20 tahun yang lalu..
Aku google dan jumpe ini

Kita melihat di dalam sirah sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir. Ketakutan ini bukannya tidak berasas!!

Firman Allah : Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra'ad :12-13)

Daripada ayat Al Quran ini (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu' 13), kita mendapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama.

Petir ini adalah sebenarnya bertujuan untuk memanah syaitan. Pada zaman sebelum Rasulullah s.a.w, syaitan-syaitan dpt naik ke arasy untuk mendengar perbualan para malaikat untuk mencuri berita. Syaitan-syaitan yg cuba mencuri berita adalah kerana daripada arahan tukang tilik yg mahu menilik nasib manusia. Syaitan-syaitan tersebut yg cuba naik ke arasy akan dipanah petir dan akan mati. Bukan manusia shj yg mempunyai hayat, tetapi syaitan juga sebegitu. Syaitan yg tidak akan mati apabila dipanah petir hanyalah `Azazil. Begitulah serba sedikit cerita berkenaan petir dlm Islam...

-petikan dari sini

Tuesday, February 22, 2011

Untuk Mesir dan Libya



Usah biarkan hati mati
Usah biarkan jiwa kering
Seakan padang pasir tandus
Umpama Sahara di bumi Afrika
Jauhi prasangka
Hindari hasad dengki
Bajalah dengan kasih
Siramilah dengan sayang
Mesir dan Libya,
Moga aman dan tenang

KeranaNYA

KeranaNYA,
Nadiku masih berdenyut

KeranaNYA
Terus-terusan aku boleh menghembuskan nafas

KeranaNYA
Aku jatuh namun berdaya bangkit semula

Biar taufan datang melanda
Biar hujan lebat membanjiri
Biar gempa bumi melanda

Aku yakin padaMU
Kau tidak pernah putus asa untukKU
Kenapa pula aku yang gusar?
Kenapa pula aku yang gentar?

Gadis cilik, Evita Nuh

This little indonesian girl memang buatkan aku teruja
Wah wah wahhhhhhhh
Hebat betul
Kecil kecil cili padi




Lihatlah gayanya
Aku belum jumpe lagi blog kanak-kanak Malaysia seperti beliau


Beliau yang dimaksudkan ialah Evita Nuh



Kepada para ibu bapa di luar sana

Bakat anak kecil anda mungkin boleh di ekspresikan ke dalam blog

Manalah tahu, boleh jadi seperti Evita



p/s: To Evita, semoga terus suksess ya!

p/s/s: Terima kasih kerana kamu memberi inspirasi kepada ramai orang yang lebih tua dari kamu di luar sana..

Monday, February 21, 2011

Yang pertama itu kamu PIPIYAPONG

Pernah satu ketika aku betul-betul sedih dengan diri sendiri
Aku macam hilang punca
Tak mahu keluar rumah
Seharian aku duduk depan laptop
Aku google 'hilang punca'

List pertama
Blog yang diberi nama 'HILANG PUNCA'
Oh..Apekah..




Aku klik
Aku baca dengan penuh minat
Dari satu entri ke satu entri
Aku baca dari mula sampai habis
Sampai khatam
Tak berganjak ke blog lain
Hilang sekejap perasaan duka

Dari satu ayat ke satu ayat
Membuatkan hati aku senang sekali
Berjaya membuatkan aku senyum sendirian

Dia kelakar
Dia sempoi
Dia gila-gila
Dia benar-benar rendah diri
Tak riak, dan aku suka itu!
Dia tahu siapa dia sebenarnya

Entri yang aku akan baca walaupun banyak kali dah baca ialah
ini, ini, ini, dan banyaaaaaaak lagi


Siapa dia?
Dia ialah Pipiyapong Abdillah



p/s: Pipi, kau buat hati aku ceria dengan blog kau, dan aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Kau juga menjadi inspirasi aku untuk tidak patah semangat dan aku akan bersyukur dengan apa yang aku ada

p/s/: Jangan berhenti menulis please -__-"

Tuesday, January 18, 2011

First episode

Hello L&G,

I am Bella and I love to read.

I do surf a lot. Everyday, I'll hop around. From one site to one site. Those catchy links I'd saved in my Favourite-List at my own lappy.

Unfortunately, all the links GONE when my laptop got crashed. I could not back up them :'(


Thus, I came up with this idea, to gather them in one place so that I'm able to track without worries of missing them again. This is the blog that I considered one place that I keep those interesting blogs/ site/ video/ photos/ etc that I watched, I read, I went through.

Personally, it is Bella_Favourite_Digital_Archive

To those bloggers that I put the link here, I love reading stuff from you guys. Keep on writing as you give the inspiration to others :-)



Sincerely,
Bella